Page 42 - BUKU TIP PEKA
P. 42

Keselamatan Alam Siber  HENTIKAN PENGANTUNAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN

             (CHILD ONLINE GROOMING)



                        Memilih Mangsa Melalui Profiling (mangsa dipilih secara terancang).
                        Pemangsa akan mengkaji latar belakang mangsa yang disasarkan berdasarkan maklumat yang diperoleh
                        di laman rangkaian sosial atau di internet dan seterusnya menggunakan perkhidmatan yang terdapat di dalam
                        talian (seperti aplikasi mesej/video, rangkaian sosial) untuk membina hubungan dengan mangsa. Pemangsa
                        kebiasaannya menggunakan identiti palsu seperti menyamar sebagai kanak-kanak atau rakan sebaya.

                                 Meraih Kepercayaan mangsa melalui minat yang sama.
                                 Pemangsa akan membuat kepastian mengenai minat mangsa dan cuba menunjukkan yang
                                 mereka juga mempunyai minat yang sama seperti hobi bermain bola, artis kegemaran, lagu
                                 kesukaan dan lain-lain lagi. Ia juga bertujuan untuk membina hubungan emosi dengan mangsa dan
                                 mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai mangsa bagi dieksploitasi.


                                               Memenuhi Keperluan Mangsa.
                                               Pemangsa biasanya akan memberikan pelbagai hadiah atau berpura-pura
                                               menjadi seseorang yang sangat memahami mangsa berbanding orang lain.

                                                         Merahsiakan Perhubungan.
                                                   04    Pemangsa akan meminta mangsa merahsiakan hubungan mereka
                                                         dari sesiapa sahaja bagi memastikan hubungan mereka terus kekal
                                                         terjalin. Kebiasaannya mangsa akan bersetuju kerana telah
                                                         mempercayai pemangsa.






     42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47